Posts

Showing posts from May, 2007

newz report about 3 ex convent

Tiga remaja perempuan maut nahas Oleh Rafidah Mat Ruzki SHAH ALAM: Tiga remaja perempuan yang bersahabat baik sejak di sekolah menengah mati dalam kemalangan jalan raya berhampiran Plaza Tol Batu Tiga, di sini selepas kereta yang dipandu seorang rakan lelaki mereka terbabas awal pagi semalam. Remaja berusia 19 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur apabila kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu Jagdeet Singh, 19, hilang kawalan dan terbabas sebelum terbalik di Kilometer 15.7, Lebuh Raya Persekutuan, selepas kereta terlanggar pembahagi jalan.Ketua Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Norhalid Kimi, berkata S Koshela Vani, M Easwari, dan Rashween Sonia Kaur mati di tempat kejadian.“Pemandu yang cedera parah dan dipercayai patah kaki dirawat di Pusat Perubatan Sunway manakala mayat tiga lagi rakannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat,” katanya.Sementara itu, bapa Easwari, M Mahalingam, 5